COVID-19:Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 5 April - Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan  juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, mereka mengorbankan masa dan tenaga menghadapi ujian berat demi tugas, menyediakan keselesaan serta menjaga harta benda kerajaan negeri.

"Saya sangat prihatin terhadap kelompok penting yang kurang diambil perhatian ini.

Saya mengambil inisiatif memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang bertugas dalam tempoh ini," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, orang ramai tidak ada pilihan bagi membendung penularan wabak Covid 19 yg melibatkan makin ramai yang telah meninggal dunia melainkan dgn mematuhi arahan dari kerajaan (PKP).

"Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri yang menyebabkan nyawa org lain turut terancam.

"Sebaik-baik tindakan ialah tidak kemana-mana melainkan duduk di rumah bersama keluarga dgn pelbagai pengisian berbentuk kekeluargaan," tambah beliau.




Sumber: teganukita.net