Elly Mazlein Semakin Berisi, Mengandung Ke?


Nampaknya pelakon dan penyanyi yang meningkat naik, Elly Mazlein semakin berisi dan ramai yang beranggapan yang Kak Lina mengandung. Elly Mazlein yang baru sahaja tiga bulan bergelar isteri kepada Cikgu Azlan berkata menerusi video di laman Youtube miliknya, badan semakin berisi kerana sangat bahagia apabila berada disamping suami tersayang.


Kak Lina juga mengatakan sekiranya betul yang dirinya mengandung nanti, Kak Lina bersedia untuk kongsikan berita gembira itu kepada semua apabila tiba waktunya. Buat masa sekarang ini, badannya naik bukan disebabkan dia mengandung, tetapi disebabkan dia berasa sangat bahagia dengan suami, anak dan keluarga.

Kak Lina juga mengatakan yang dirinya tidak sabar untuk mendapatkan cahaya masa bersama suaminya. Elly Mazlein dan Cikgu Azlan telah diijab kabulkan pada bulan Januari lalu dan mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Putri Sara Sefhia Azmi yang berusia tiga tahun menerusi perkahwinannya sebelum ini.

Sumber : Youtube Elly Mazlein

+ Baca respon pembaca Elly Mazlein semakin berisi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media