F&N Cecah Rekod Malaysia Book Of Records! Seramai 667 Peserta Sertai, Siap Berlatar Kedai Mamak!


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada F&N Beverages Marketing Sdn Bhd kerana memasuki Malaysia Book Of Records semalam atas pencapaian bilangan peserta paling banyak dalam sesi 'Teh Tarik' Mamak secara virtual. Seramai 667 peserta telah menyertai sesi ini pada 9 April lalu di aplikasi Zoom.


Menurut perwakilan Malaysia Book Of Records, penyenaraian dan pengiktirafan terhadap pencapaian F&N adalah sebagai pemegang rekod negara dan meletakkan jenama di kalangan 'Negara Terbaik'.

F&N Malaysia sanggup pergi ke titik kesakitan terbesar semasa pihak kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana ketidakupayaan mereka untuk bergaul di kedai Mamak yang dikatakan sebagai aktiviti yang hampir sinonim dengan budaya Malaysia.

Pada mulanya, kempen "Mamak Virtual Terbesar Teh Tarik Ori F&N" ini disasarkan 500 peserta jer gais! Senior Brand Manager F&N Malaysia, Adelene Tay berkata pihak mereka akan memaksimumkan semua platform digital dari Facebook, Instagram, Youtube ke Zoom dan juga memanfaatkan platform e-dagang seperti F&N Life dan pasaran dalam talian.

In the current situation, 100% of the marketing efforts are being moved towards digital. We are maximising all digital platforms ranging from Facebook, Instagram, YouTube to Zoom and also tapping into e-commerce platforms such as F&N Life, our F&N online marketplace.

Antara influencer yang terlibat dalam kempen ini ialah Cikidot, Norreen Iman, Zetty Nabila dan Zack Merican yang dipilih berdasarkan personaliti mereka yang spontan dan lantang bercakap. Bukan tu jer, ditambah pula dengan kelucuan yang masuk akal untuk melibatkan diri dan menghiburkan pengguna semasa mereka melayari aplikasi Zoom.

Sumber: Marketing Magazine

Zetty dan Zack adalah tuan rumah bagi pelancaran ini dalam satu siri aktiviti penglibatan dan pertandingan ringkas yang tidak dirancang dengan menggunakan skrin asli dan fungsi chat Zoom yang telah direka sepanjang tempoh kempen untuk mengalakkan penyertaan pengguna.


Para penganjur juga memastikan kedai Mamak secara virtual sama menarik seperti keadaan sebenar yang melibatkan banyak olok-olok. Menurut Adelene, ini telah memberi respon positif dan para peserta aktif dalam sesi tersebut.

Minuman teh tarik terbaru yang dikeluarkan oleh F&N ini korang boleh dapatkan di F&N Life, Lazada dan Shopee. Setelah PKP ditamatkan, ia juga akan disediakan di stesen minyak, kedai serbaneka, kedai runcit dan juga pasaraya yang terpilih.

Menurut F&N, sementara pesanan dari F&N Life akan dihantar di Semenanjung Malaysia, Lazada dan Shopee hanya menawarkan penghantaran sekitar Lembah Klang sahaja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan dan akan memperluaskan penghantaran mereka ke lokasi lain di Semenanjung Malaysia.

OHMEDIA: WAH, TERBAIKLAH GAIS! MACAM BEST JER MINUMAN TERBARU F&N TU.

Sumber: Marketing Magazine

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media