From Seri Petaling With Love, Ucapan Terima Kasih Undang Rasa Sebak Netizen


Seperti semua tahu, ada beberapa kluster terbesar yang menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19, salah satunya adalah kluster tabligh Seri Petaling. Kluster ini mencatatkan 513 kes positif dan ramai dari kluster ini sudah pun pergi menghadap ilahi dimana kebanyakan mereka adalah berumur 50 tahun keatas.

Selain dari mereka yang berumur, tidak terlepas golongan muda juga ada yang positif dan sembuh dari jangkitan berkenaan. Oleh itu tular semalam di media sosial menunjukan sebuah video bertajuk, From Seri Petaling With Love yang dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khari di Facebook milik beliau.

Perkongsian berkenaan telah mengundang reaksi netizen yang menonton video berkenaan. Kebanyakan komen dibanjiri dengan komen komen sebak dan sedih serta emoji-emoji sedih dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka.



Dalam video berkenaan, mereka mendoakan kesejahteraan frontliner-frontliner kerana merawat mereka sepanjang mereka dikuarantin serta memohon maaf sekiranya ada tingkah laku yang tidak menyenangkan dari mereka.


OHMEDIA: YANG PASTI, UCAPAN DAN KATA-KATA YANG DILONTARKAN OLEH MEREKA MENGUNDANG RASA SEBAK BAGI YANG MENONTONNYA.

Sumber: Facebook Ustaz Abdullah Khairi Page Original

+ Baca respon pembaca ucapan terima kasih undang sebak netizen di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media