Jangan Bosan Membantu Rakyat Marhaen


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 15 April - Jangan pernah bosan untuk terus membantu rakyat marhaen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Nering, Abd Aziz Mat Zin berkata,s ketua kampung mestilah bertanggungjawab terhadap ahlinya agar tidak ada yang tercicir dari menerima bantuan.

“PKP menyebabkan ramai penduduk kampung terjejas terutama yang bergelar sebagai petani dan buruh, akibatnya mereka tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan makanan asasi.

Pembahagian bantuan mestilah adil tanpa mengira latar belakang politik kerana setiap tindakan kita akan meninggalkan kesan dalam diri mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Gong Nering, Jerteh, pada semalam.

Menurutnya, agihan bantuan wang tunai dari Kerajaan Negeri Terengganu merupakan salah satu bantuan rangsangan fasa 4 bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19.

“Pihak saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bagi melancarkan kelangsungan hidup," ujarnya.

Beliau juga berharap agar rakyat dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri supaya sentiasa berada dirumah bagi megelakkkan penularan wabak.




Sumber: teganukita.net