Ketua Pengarah Kesihatan Trending Di Twitter, Sambut Hari Jadi Yang Ke-57!

Posted on Tuesday, April 21, 2020 | 4/21/2020



Ohmedia ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang kini sudah mencecah usia 57 tahun. Semoga Datuk panjang umur dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Kemunculan beliau sering ditunggu seluruh rakyat Malaysia pada setiap hari kerana semata-mata ingin mengetahui situasi di negara kita. Alhamdulillah, beliau digemari oleh orang ramai kerana turut disenarai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani Covid-19.

Kalau korang nak tahu, pada hari ini yang bertarikh 21 April 2020 telah menjadi topik trending di laman Twitter dengan wujudnya tanda pagar seperti #HappyBirthdayDGSham. Wah, dah macam artis!

Sempena hari jadi saya 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi. -kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ingat tu gais! Hadiah paling istimewa untuk hari jadinya adalah kita semua kena kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jom buat gais!

OHMEDIA: HAPPY BIRTHDAY! OHMEDIA RASA BERSYUKUR DAPAT KETUA PENGARAH KESIHATAN YANG BAIK DAN HUMBLE MACAM NI.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/21/2020

0 comments:

Loading...