Khasiat Ubi Keledek Untuk Tubuh Badan

Posted on Tuesday, April 21, 2020 | 4/21/2020



Pasti ramai antara kita pernah makan ubi keledek berwarna ungu. Namun tidak ramai tahu bahawa ubi keledek mampu untuk kurangkan risiko dari terkena penyakit kanser usus. Hal ini disebabkan ubi keledek ungu berupaya untuk menyekat sel steam kanser dari tersebar dalam usus besar.



Untuk pengetahuan korang, Ubi keledek mempunyai vitamin D dan fungsinya sangat baik untuk jantung, tulang, kulit dan gigi. Selain itu, ubi keledek juga mampu mewujudkan sumber tenaga dan memastikan tenaga dalam badan kita seimbang. Ubi keledek juga mengandungi galian besi yang dapatkan memainkan peranan penting iaitu pengeluaran sel darah merah dan putih serta fungsi imun dan metabolisme protein.


Untuk pengetahuan korang, ubi keledek juga mempunyai vitamin C yang mampu untuk menyembuhkan luka, menghasilkan kolagen untuk kulit dan membantu ketika kita berada dalam keadaan stress. Badan kita juga akan dilindungi dari toksin yang boleh menjadi punca kepada kanser. Oleh yang demikian, tiada masalah untuk korang amalkan makan ubi keledek kerana ia mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan.

OHMEDIA : UBI KELEDEK MERUPAKAN SALAH SATU MAKANAN YANG SERING DIMAKAN OLEH ORANG-ORANG DULU KETIKA MEREKA SUSAH. HASILNYA KINI BADAN MEREKA MASIH SIHAT WALAUPUN USIA TELAH TUA.

+ Baca respon pembaca khasiat ubi keledek untuk tubuh badan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/21/2020

0 comments:

Loading...