Kini Watsons Memudahkan Anda Berbelanja Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah!


Faham dengan kesusahan dihadapi pelanggan mereka, Watsons kini memperkenalkan servis Click & Deliver yang mana korang tak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Ohmedia faham memang ramai yang rindu nak pergi shopping dekat Watsons, lagi-lagi kaum wanita tu. Tapi sekarang pun boleh shopping juga la!

Sama seperti sebelum ini, kita masih boleh melakukan pembelian secara online, cuma kali ini Watsons akan pastikan barang dihantar terus ke depan pintu rumah kita melalui perkhidmatan Grab secepat mungkin.

Ikut Cara Berikut Untuk Berbelanja:








 

Grab juga akan lakukan penghantaran ini setiap hari mengikut tempoh waktu yang ditetapkan pihak berkuasa. Jadi, korang hanya perlu pilih kedai Watsons yang berdekatan (7KM radius), pilih barang yang diperlukan dan Watsons akan ambil pesanan korang sebelum lakukan penghantaran pada keesokan harinya. Sangat mudah!

Perkhidmatan ini juga hanya disediakan untuk pelanggan sekitar Klang Valley sahaja buat masa ini, memandangkan pergerakan penduduk di Klang Valley lebih ketat.

Antara jenis barangan yang korang boleh dapatkan adalah Personal Care, Skincare, Health, Generic Items dan Cosmetics. Apa yang paling menarik, setiap pembelian kedua dari Watsons akan dapat lagi diskaun sehingga 60%. Memang Jimat!


Hasil pemerhatian Ohmedia sebentar tadi di website Watsons memang banyak produk berjenama yang murah-murah. Memang borong 2 unit terus untuk setiap barang nampaknya lepas ni. Hehe!


Jangan tunggu lama dan jom shopping sekarang di laman web www.watsons.com.my atau muat-turun aplikasi MY Watsons di App Store & Google Play Store.

Sumber: Oh! Media