Lelaki nekad gali kubur & jual tulang ibu bapa untuk memiliki motosikal


Seorang lelaki ditahan kerana didakwa menggali semula kubur orang tuanya dan menukar tulang temulang ibu bapanya dengan sebuah motosikal. 

Polis di Mozambique, Afrika, menahan suspek di utara wilayah Nampula kerana menggali semula kubur ibu bapa dan bapa saudaranya. 

Suspek dilaporkan mengambil tulang ketiga-tiga mangsa dalam satu malam selepas seorang ahli perniagaan menawarkan sebuah motosikal bernilai lebih dari $300 (RM1,296) tunai. 

"Boss suruh saya cari tulang manusia yang telah mati tanpa sebarang penyakit. Sebagai ganti, dia akan bagi motosikal. 

"Saya pergi ke tanah perkuburan dan gali semula kubur ibu, ayah dan bapa saudara saya untuk mendapatkan tulang mereka," katanya. 

Selepas berjaya mendapatkan tulang temulang itu semua, suspek sanggup menempuh perjalanan jauh untuk berjumpa dengan ahli perniagaan dalam bidang mineral itu, tetapi gagal menemuinya. 

Jurucakap polis berkata, kejadian itu merupakan kes yang kelima berlaku di daerah itu tahun ini (2019), yang dipercayai berkaitan dengan ahli sihir. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my