MPKK Kuala Ibai Agih 430 Kilogram Tembikai Percuma

Posted on Thursday, April 16, 2020 | 4/16/2020


Warga emas turut dibantu.

KUALA TERENGGANU, 16 April - Sebanyak 430 kilogram tembikai diagihkan kepada penduduk di Kampung Kuala Ibai, Batu Buruk di sini semalam dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Ibai, Mohd Hisyamuddin Che Aziz berkata, tembikai itu diberi hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada anggota MPKK dan orang perseorangan.

"Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

"Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur apabila ada yang bermurah hati untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan," katanya.

Hisyamuddin (dua dari kanan).
Hisyamuddin berharap pemberian buah itu dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin.

"Selepas ini MPKK akan memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 4/16/2020

0 comments:

Loading...