Netizen Beri Kata Caci Maki Gara-Gara Jadi Opah Jahat, Sheila Rusly Bersyukur Berjaya Pegang Watak!

Posted on Monday, April 27, 2020 | 4/27/2020



Alamak, apa sudah terjadi ni gais? Nampaknya watak yang dilakonkan oleh Sheila Rusly sebagai opah Aminah yang bersikap jahat menerusi drama Bukan Gadis Biasa telah memberi impak kepada semua orang tau!

Sampaikan realiti dan dunia fantasi pun diorang tak dapat nak bezakan. Apa yang lebih mengejutkan adalah segelintir netizen telah memberi komen dan mesej berunsurkan kecaman sehingga ada yang keterlaluan di Instagramnya, @sheilarusly_jspictures.

Fuh! Relax lah gais. Walau bagaimanapun, isteri kepada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo itu sudah memaafkan netizen yang tidak dapat membezakan diantara fantasi dan juga realiti.

Sis dah maafkan mereka yang tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi. Apa-apa pun sis bersyukur sebab berjaya buat anda semua benci opah Aminah.

OHMEDIA: TERBAIKLAH SIS!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/27/2020

0 comments:

Loading...