Operasi Disinfeksi Pasar Dijalankan Secara Bulanan

Posted on Saturday, April 11, 2020 | 4/11/2020



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 10 April - Operasi Disinfeksi Pasar Awam di daerah ini akan dijalankan secara bulanan sehingga berakhirnya permasalahan Covid-,19.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, langkah itu bagi nemastikan keadaan dan persekitaran pasar dijauhi daripada ancaman  virus Covid-19.

Katanya, selain dapat memberikan lebih keyakinan kepada peniaga pasar dan orang awam untuk beroperasi dengan selamat disamping mengamalkan kaedah pencegahan penularan wabak tersebut.

"Proses pelaksanaan operasi nyahkuman ini disarankan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu yang dilaksanakan dan dibantu oleh jabatan terbabit seperti Majlis Daerah Marang, Jabatan Bomba Daerah Marang, Polis Daerah Marang, Rela dan Kontraktor Kebersihan.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya peniaga yang memahami dan memberikan kerjasama yang baik.” katanya.

Beliau berkata ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman di Pasar Bandar Marang, semalam.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 4/11/2020

0 comments:

Loading...