Pembaca Berita Dunia RTM Farit Ismeth Meninggal Dunia

Posted on Monday, April 20, 2020 | 4/20/2020



Terikini! Penyampai berita RTM legend, Farit Ismeth Emir telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan berita pemergiannya dimaklumkan oleh anaknya, DJ Fuzz.


Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui. - Kata DJ Fuzz.

Allahyarham Farit yang berumur 66 tahun meninggalkan tujuh orang cahaya mata.


Suara Farit menyampaikan berita terutama bagi segmen Berita Dunia Jam 10 pasti akan membuatkan ramai yang merinduinya yang tidak lepas melontarkan slogan "Gaya, Mutu, Keunggulan". Al-Fatihah (dibaca).

+ Baca respon pembaca yang masih ingat dengan Farit di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/20/2020

0 comments:

Loading...