Pereka fesyen Indonesia buat beg tangan dari lidah buaya & tulang belakang kanak-kanak, RM21,615

Posted on Tuesday, April 14, 2020 | 4/14/2020



Pereka fesyen Indonesia dilaporkan menjual beg tangan diperbuat daripada lidah buaya dan tulang belakang mayat kanak-kanak dengan harga $5,000 (RM21,615).

Arnold Putra mendakwa, produknya diperbuat daripada lebihan sumber perubatan di Kanada (secara beretika dan bertulis). 

Beg tangan 'limited edition' yang dibuat sepenuhnya dari lidah buaya dengan jahitan 'bekas luka' itu mula dijual di pasaran pada tahun 2016.

Iklan itu disiarkan di laman The Unconventional Clothing, sebelum dipadamkan.

Selain itu, Arnold Putra mendakwa bahagian pemegangnya diperbuat dari tulang belakang mayat kanak-kanak yang menghidap osteoporosis. 

Gambar-gambar beg tangan itu juga dimuat naik di Instagramnya. Namun Putra mendakwa akaun itu bukan dikendalikan sepenuh oleh dirinya. 
Bagaimanapun, beberapa pakar yang meneliti gambar tersebut mengesahkan tulang itu sememangnya benar adalah tulang kanak-kanak.

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/14/2020

0 comments:

Loading...