Perjalanan Hidup Setiap Individu Berbeza, Cuba Letakkan Diri Kita Dekat Tempat Orang Lain


Apa yang korang faham tentang gambar di atas? Okay, cerita dia macam ni. Lelaki dalam gambar itu ingin menyelamatkan wanita yang hampir jatuh dan langsung tidak tahu, dibawahnya ada seekor ular. Wanita itu pula ingin lelaki tersebut selamatkan dirinya, tetapi dia tidak tahu yang lelaki itu sedang menahan sakit kerana dihimpap batu.

Jadi, wanita itu mengharapkan lelaki tersebut menggunakan kekuatannya untuk tarik keatas tetapi dia taktahu yang lelaki itu sedang menahan sakit. Lelaki itu pula berharap supaya wanita tersebut berusaha sedikit untuk panjat keatas. Tetapi, lelaki itu tidak tahu bahawa ada seekor ular yang menghalang wanita itu untuk naik keatas.


Apa yang cuba nak disampaikan ini ialah kita tidak pernah rasa dan nampak tekanan yang dihadapi orang lain dan orang lain juga tidak akan faham apa yang sedang kita hadapi. Inilah yang dinamakan kehidupan. Tak kisahlah ianya berkaitan dengan kerja, keluarga, perasaan ataupun kawan-kawan. Kita semua perlu memahami antara satu sama lain.

Cuba lihat keadaan ataupun situasi orang lain dan letakkan diri kita pada situasi mereka. Masing-masing ada dugaan dan ujian tersendiri yang mungkin korang tak pernah lalui. Bukan mengharapkan orang lain saja yang perlu faham akan situasi korang tanpa korang faham apa yang mereka hadapi, salah tu!

Jadi, bertimbang rasa dan saling memahami antara satu sama lain ya gais. Apa yang paling penting adalah komunikasi. Orang lain takkan faham apa yang sedang kita lalui kalau kita tak beritahu dan mendiamkan diri.

Sumber : Twitter
Sumber: Oh! Media