PKM Dun Paka Agih 14,000 Kotak Kurma


Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 25 April - Sebanyak 14,000 Kotak kurma diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Paka kepada penduduk di kawasan ini.

Turut diedarkan 10,000 takwim waktu berbuka puasa kepada setiap rumah dalam Dun Paka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, agihan itu dibuat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara bercawangan.

"Kita terpaksa menghadkan pergerakan kerana berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai altenatifnya, PKM Dun Paka sendiri yang menghantar ke setiap cawangan-cawangan," katanya seperti yang dipetik dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.


Menurut Satiful, jabatan kerajaan turut tidak ketinggalan dalam menerima agihan tersebut.

"Terutamanya petugas barisan hadapan, sumbangan yang tidak seberapa ini adalah sebagai tanda perhargaan atas jasa dan pengorbanan mereka berkerja keras mengekang penularan wabak COVID-19," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka mengharapkan, penduduk yang belum menerima kurma dan takwim boleh berhubung dengan MPKK setempat.

"Mana-mana yang belum menerimanya boleh maklum kepada MPKK masing-masing," ujarnya.

Sumber: teganukita.net