Ruhainies Tak Kisah Berjauhan Dengan Kekasih Waktu PKP

Posted on Monday, April 20, 2020 | 4/20/2020



Waktu sekarang memang ramai diantara terpaksa korbankan banyak perkara. Apa yang paling terasa apabila terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang dan tak berjumpa semenjak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.

Memetik laporan mStar, situasi ini agak berbeza buat pelakon Ruhainies bila dia katakan tidak menjadi sebarang masalah bagi dia dan kekasihnya walaupun tidak berjumpa sekian lama.

Mestilah rindu dekat buah hati, tapi mungkin sebab kami dah biasa Long Distance Relationship, jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat. Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia. - Katanya.

Jadi, kalau rindu Ruhainies buat apa? Buat video call lah gais dan katanya borak sampai malam. Untunglah kan?

Ruhainies tengah belajar memasak juga katanya. Lepas ni boleh lah kekasih hati makan masakan yang sedap-sedap air tangan bakal isteri. Macam mana pula dengan korang? Apa korang buat bila rasa rindu dengan orang tersayang waktu PKP ni?

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/20/2020

0 comments:

Loading...