'Saya setiap hari bergerak bantu frontliners' - Exco Perak mohon maaf, tampil beri penjelasan

Posted on Sunday, April 19, 2020 | 4/19/2020



Salah seorang VIP yang terbabit dalam pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan di atas tindakannya itu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol, Razman Zakaria, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Facebooknya di atas kekhilafan yang berlaku. 

"Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

"Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu frontliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontliners terutama kepada petugas kesihatan.

"Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalan raya di sekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak.

"Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP InshaAllah kami akan atasi," katanya. 


Sementara itu dalam bancian di media sosial semalam menunjukkan, 91 peratus warga netizen bersetuju jika wakil rakyat yang didapati melanggar PKP meletak jawatan kerana tidak menunjukkan teladan yang baik. Hanya 9 peratus yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. 

Sumber: Facebook Razman Zakaria


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/19/2020

0 comments:

Loading...