Sejauh Mana Dakwaan iPhone SE Adalah Jelmaan iPhone 8 Adalah Benar?

Posted on Monday, April 27, 2020 | 4/27/2020



Seperti semua sedia maklum, iPhone SE 2020 sudah pun dilancarkan dan sudah berada dipasaran beberapa minggu lepas. Pengenalan peranti ini oleh Apple menyebabkan syarikat berkenaan menghentikan pengeluaran iPhone 8 dan iPhone 8+.

Ada yang mendedahkan bahawa segala hardware yang digunakan keatas iPhone SE masih menggunakan hardware pada iPhone 8 Ada beberapa ciri yang boleh kita gariskan persamaan dan perbezaan yang wujud pada kedua peranti ini.

Reka bentuk dan saiz

Sumber gambar dari Tom Guide
Kedua-dua peranti mempunyai persamaan dari segi saiz dimana 138.4mmX67.3mmX7.3mm, dan juga bentuk. keduanya mempunyai single camera yang secara vertical alligned dengan lampus flash pada bahagian belakang badan kaca.

Paparan

Sumber gambar dari PhoneArena
iPhone SE 2020 dan iPhone 8 kedua-duanya dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci yang dihadirkan dengan ciri paparan Retina HD pada resolusi 1334x750 dengan 326 pixel per inch. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri True Tone. Bezanya, 3D Touch hadir pada iPhone 8 manakala iPhone SE tidak.

Kuasa

Sumber gambar dari Wikipedia
Point ini yang memisahkan antara iPhone Se dengan iPhone 8. Ini kerana iPhone SE dikuasakan dengan cip pemprosesan yang paling terkini dan berkuasa, yang digunapakai oleh iPhone 11 iaitu cip bionik A13. Manakala iPhone 8 dikuasakan dengan cip bionik A11. Ini bermakna, iPhone SE lebih laju dengan 7 nanometer pemprosesan berbanding 10 nanometer pemprosesan.

Prestasi

Sumber gambar dari PhoneArena
Dipetik dari Macworld, Apple tidak mendedahkan jumlah RAM yang digunakan pada iPhone 8 sebelum ini. Namun berdasarkan maklumat mereke dapat iPhone 8 mempunyai 2GB RAM berbanding dengan iPhone SE yang mempunyai kapasiti RAM sebesar 3GB RAM kerana spesifikasi yang diperlukan pada cip A13.

Storan Dalaman dan Bateri

Sumber gambar dari PhoneArena
Kedua-dua peranti hadir dengan storan dalaman sebesar 64GB dan 128GBn namun yang membezakan adalah iPhone SE didatangkan dengan storan sebesar 256GB yang tiada pada iPhone 8. Untuk bateri pula, dikatakan mempunyai persamaaan kerana Apple mendedahkan bahawa iPhone SE yang dikeluarkan baterinya adalah setanding iPhone 8, iaitu sebesar 1,821 mAh.

Kamera

Sumber gambar dari PCMag
Bagi kamera, iPhone SE dan iPhone 8 mempunyai ciri asas kamera yang sama, iaitu kamera sebesar 12MP dengan aperture f/1.8 wide camera serta dengan digital zoom up sehingga 5 kali ganda. Bagaimanapun, dipetik dari Macworld.com, kamera pada iPhone SE dikatakan lebih advanced berbanding iPhone 8. Apple VP Phil Schiller mendakwa kamera pada iPhone SE adalah kamera single paling terbaik.

Namun, dibawah sapphire crystal lens (ciri yang tiada pada iPhone 8), iPhone SE hanya boleh melakukan Potrait Mode dengan kehadiran wajah manusia sahaja. Tambahan pula iPhone SE boleh mengambil potrait video dengan selfie camera sebesar 7MP, aperture f/2.2.

OHMEDIA: BAGAIMANA? HAMPIR SAMA TAK DENGAN IPHONE 8 YANG DIKELUARKAN SEBELUM INI? LEBIH BERMINAT NAK BELI IPHONE SE ATAU 8?

Sumber: Macworld

+ Baca respon pembaca sejauh mana iPhone SE adalah jelmaan iPhone 8 di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/27/2020

0 comments:

Loading...