Siti Elizad Kongsi Tips Mudah Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Posted on Thursday, April 23, 2020 | 4/23/2020



Alhamdulillah, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan lagi beberapa jam jer lagi gais. Masa inilah kita mengambil kesempatan untuk melakukan amalan yang baik dan mempertingkatkan ibadah tau!


Baru-baru ini, pelakon yang bernama Siti Elizad Shariffudin berkongsi beberapa tips di Instagram Story (IG Story) untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari di bulan mulia ini. Wah, jom tengok dekat bawah ni!

Saja berkongsi, macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaanya family kami ikut trick cara ni...cumanya untuk isteri-isteri, wanita kena lebihkan sikit halaman tu sebab kita kan ada bulan mengambang tujuh atau lapan hari, jadi kena extra sikit. Untuk satu kali khatam...solat Subuh empat halaman, solat Zuhur empat halaman, solat Asar empat halaman, solat Maghrib empat halaman dan solat Isyak empat halaman. Jadi boleh cuba untuk Ramadhan ni okay...selamat mencuba!



Sebelum ini, Elizad mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman berjaya menghabiskan 30 juzu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sambil kerja dari rumah.

Alhamdulillah, saya ada peluang khatam Al-Quran untuk musim PKP ini sambil kerja dari rumah. InsyaAllah esok boleh mula yang baru untuk Ramadhan tahun ini. Macam tak percaya esok dah nak puasa. Semoga Ramadhan ini berjaya untuk kita semua dan memberikan kebaikan kesihatan dan kehidupan. Yang cakap bila masa saya mengaji? Nampak review makan dan masak je...nak bagitahu family kami pun normal macam orang lain. Masa makan, kami makan...masa masak kami masak...masa bergurau kami bergurau. Masa main telefon, kami main telefon! Jadi masa mengaji, solat dan sebagainya kenalah buat betul-betul. Tips dia jangan letak telefon dekat sebelah semasa mengaji dan selesai solat sebab korang mesti kejap-kejap nak periksa telefon...sila letak dekat luar, lebih afdal luar pagar!

OHMEDIA: SEMOGA TIPS DARIPADA ELIZAD BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN GAIS!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca tak sabar nak sambut bulan Ramadhan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/23/2020

0 comments:

Loading...