Sony Rancang Hadkan Pengeluaran PS5. Harga Mungkin Lebih Mahal?

Posted on Thursday, April 16, 2020 | 4/16/2020



Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan harga jangkaan bagi penjualan Playstation 5 yang bermula darI RM1,677. Bagaimanapun, memetik laporan Bloomberg, akibat dari tekanan COVID-19 pada ketika ini pihak Sony telah merancang untuk mengehadkan pengeluaran PS5 bagi tahun pertama penjualannya.


Tapi, jangan risau sebab tarikh yang dirancang untuk dijual pada hujung tahun ini tidak berubah dan masih mengikut rancangan asal pihak Sony. Sebanyak 6 juta unit sahaja akan dikeluarkan bagi menampung penjualan sehingga bulan Mac 2021.

Jika sebelum ini pihak Sony berjaya menjual 7.5 juta unit PS4 dalam masa 6 bulan, bagaimana pula dengan PS5? Bagaimanapun, Sony sejak awal lagi telah menunjukkan keyakinan yang wabak COVID-19 ini tidak akan memberi kesan kepada pengeluaran permainan baru mereka.


Apa-apapun, jika perkara ini berlaku ia pasti menjadikan harga PS5 lebih mahal dari harga yang dijangkakan.

Apa pandangan korang tentang perkara ini? Kalau taya Ohmedia, jika harganya mencecah RM2,000 hingga RM3,000, Ohmedia tetap akan beli untuk korang rasai sendiri pengalaman bermain PS5 dekat gaming lounge Oh Media Gaming ataupun OMG Esport. Hehe!

Sumber: Bloomberg

+ Baca respon pembaca yang menantikan PS5 di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/16/2020

0 comments:

Loading...