Tablet Terbaru, Huawei MatePad Pro Dilancarkan Pada Harga RM2,399


Selain Huawei Watch GT 2e, Huawei Malaysia juga melancarkan tablet mercu terbaru mereka iaitu Huawei MatePad Pro, semalam. Ianya dikatakan hadir dengan spesifikasi yang tinggi serta memfokuskan kepada produktiviti. Kepada sesiapa yang berminat tu, boleh membuat pratempahan bermula hari ini sehingga 10 April nanti ya. Tablet terbaru ini dijual pada haga RM2,399 dan kepada sesiapa yang membuat pratempahan akan menerima hadiah percuma seperti M-Pencil untuk input, Smart Magnetic Keyboard, dan juga storan Huawei Cloud Storage sebanyak 50GB.


Skrin 10.8 inci dihadirkan di Huawei MatePad Pro pada resolusi 2560x1600 pixel. Ianya dijana dengan pemprosesan cip Kirin 990, memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Kameranya jugak agak memuaskan untuk tablet sebab ianya dilengkap 13 megapixel pada kamera belakang dan 8 megapixel untuk kamera hadapan.


Ianya juga dikatakan mempunyai empat speaker dan lima mikrofon untuk panggilan yang leih jelas. Audio yang ada pada tablet terbaru Huawei ini adalah pengoptimasian audio yang bukan kaleng-kaleng iaitu oleh Harman/Kardon yang juga dipasangkan pada kereta Mercedes Benz diluar sana. Jadi, mesti sistem audio pada tablet Huawei ni gempak gila. Ianya juga dilengkapi dengan EMUI 10 yang berasaskan Android 10. Untuk batterinya pula, ianya dibina dengan bateri sebesar 7250mAh.

Sumber : Amanz
Sumber: Oh! Media