Tips Untuk Mengelak Dari Masalah Kulit Kering

Posted on Tuesday, April 28, 2020 | 4/28/2020




Masalah kulit kering sering kali menjadi punca kepada jerawat, bintik hitam dan sebagainya. Hal Ini pasti membuatkan kita rasa kurang selesa. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang tips untuk mengelak dari masalah kulit kering. Antaranya guna krim pencuci muka kerana ia mampu untuk melembapkan kulit dan menghalang kulit menjadi kering.


Seterusnya, korang boleh guna produk penjagaan kulit yang mengandungi AHA dan Vitamin C kerana ia mampu untuk membuang sel kulit mati dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Amalkan hjuga untuk menggunakan pelembap agar kulit sentiasa lembap dan tidak kering.


Selain itu, jika korang merupakan seorang penggemar kopi, tukar kopi tersebut kepada koko. Ini kerana koko dapat menyempurnakan aliran darah dalam badan serta menyelesaikan masalah kurang air dan menjadikan kulit sentiasa lembap. Korang juga disarankan supaya tidak kerap berjemur di bawah matahari yang terik kerana ia boleh menjadi punca kepada kerosakan kulit dan menyebabkan timbul kedutan pada muka.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT KEPADA SEMUA YANG SEKALI MENGHADAPI MASALAH KULIT KERING

+Baca respon pembaca tips untuk mengelak dari masalah kulit kering di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/28/2020

0 comments:

Loading...