TNB Sumbang RM100 Ribu Untuk Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu

Posted on Wednesday, April 22, 2020 | 4/22/2020


Mohd Nazri menyampaikan sumbangan kepada Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 22 April - Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu menerima sumbangan bagi Bantuan COVID-19 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM100,000 bagi membeli keperluan barangan dan peralatan dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Nazri Putih berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang telah dipikul oleh pihak ‘Frontliner’( barisan hadapan).

"Kami amat berterima kasih kepada pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan rakyat.

“Saya difahamkan oleh pihak sekretariat bahawa dengan wang sumbangan tersebut, mereka akan dapat membeli segala peralatan untuk kegunaan seluruh ‘Frontliner’ Terengganu," ujarnya.

Mohd Nazri  berkata demikian di Majlis Penyerahan sumbangan di Dewan Terbuka Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Kuala Nerus, Gong Badak, Seberang Takir, hari ini.

Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.

Tambahnya, beliau berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang dihadapi oleh pihak ‘Frontliner’ yang terpaksa berhadapan dengan wabak pandemik yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 4/22/2020

0 comments:

Loading...