(Video) Netizen Terhibur Lihat Neelofa Pakai Kasut Tumit Tinggi, Siap Pakai Beg Tangan Ketika Buang Sampah Depan Rumah!

Posted on Friday, April 17, 2020 | 4/17/2020



Wah! Lain macam gaya Neelofa kali ni, siap pakai kasut tumit tinggi semata-mata ingin membuang sampah di depan rumah. Ohmedia faham ramai diantara korang mesti rindu nak keluar bergaya kan. Jadi, Ohmedia sarankan korang untuk membuat kerja rumah dengan penuh bergaya seperti Neelofa.

Barulah nampak style! Baru-baru ini, Neelofa memuatnaik video pendek di Instagramnya, @neelofa dengan penuh bergaya untuk mempromosikan koleksi terbarunya daripada Naelofar untuk NaelofarRaya2020 semalam.

Taking out the trash these days made fabulous with a new collection dropping tomorrow, 17th April @naelofar

Video tersebut telah menjadi perhatian orang ramai sehingga mendapat lebih 5,000 komen dan 902,000 tontonan di Instagram. Rata-rata mereka memuji dengan kecantikan dan rasa terhibur dengan gelagat Neelofa itu.

OHMEDIA: KELAS SUNGGUH NEELOFA!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Neelofa di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/17/2020

0 comments:

Loading...