Viral Gambar EXCO Perak Hadir Jamuan. Ini Penjelasan & Permohonan Maaf

Posted on Sunday, April 19, 2020 | 4/19/2020



Baru-baru ini viral di media sosial tentang ada orang kenamaan yang juga dikatakan telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri satu jamuan.

Individu tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Perak Razman Zakarian yang telah mengeluarkan satu posting di Facebooknya untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjalaskan keadaan sebenar. Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu fronliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontlines terutama kepada petugas kesihatan. Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak. Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP InshaAllah kami akan atasi. Marilah bersama kita terus berdoa moga ujian Covid-19 ini dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini. - Tulisnya.

Bagaimanapun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang mempunyai kedudukan berbanding rakyat biasa perlulah menunjukkan contoh yang baik. Jika tidak, rakyat akan mempertikaikan dan rasa tidak adil.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca mengenai individu kenamaan dikata langgar PKP di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/19/2020

0 comments:

Loading...