4,000 Barangan Keperluan Dapur Diagihkan Kepada Penduduk Alur Limbat

Posted on Friday, May 08, 2020 | 5/08/2020






oleh:Ammaar Salehudin

KUALA TERENNGGANU,  7 Mei -  Kira- kira 4,000 barangan keperluan dapur diagihkan secara berperingkat- peringkat kepada penduduk berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri Alor Limbat sepanjang bulan Ramadan tahun ini..

Agihan itu termasuk kepada  golongan terjejas yang tinggal di Kampung Pusu 3 dan Kg Bukit Cendana.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman, berkata apa yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sememangnya dapat membantu meringankan beban terutama mereka yang berpendapatan tidak tetap.

Katanya, pihak itu juga ada mengagihkan barangan basah seperti ayam dan daging.

"Pada masa sama turut mengagihkan kira- kira 9, 000 kotak kurma kepada hampir seluruh penduduk di Alor Limbat, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman,  selepas turut serta dalam Program Pengagihan Barangan Keperluan, petang semalam.



 telah mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk Kampung Pusu 3 dan Kampung Bukit Cerana pada hari ini.

Kerjasama antara sememangnya cemerlang dalam usaha menjayakan program.

Setakat ini sebanyak hampir 4000 barang bantuan sempena Ramadhan berbentuk barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya diagihkan kepada masyarakat.

"Kami tak pilih kasih tanda kami prihatin kepada semua yang layak menerima bantuan tersebut"

"Kita telah mencadangkan kepada MPKK supaya membantu rakyat seperti membeli ikan, ayam atau daging lembu untuk diagihkan kepada rakyat kerana MPKK merupakan agensi kerajaan yang paling dekat dengan rakyat dan berperanan dalam mengenal pasti siapa yang sepatutnya layak menerima bantuan ini".

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 5/08/2020

0 comments:

Loading...