5 Langkah Untuk Memastikan Cat Tahan Lama Ketika Membasuh Kereta


Musim PKPB ini mungkin ramai yang duduk di rumah dan menggunakan masa ada yang ada untuk melakukan pelbagai perkara antaranya membasuh kereta. Bagi yang rajin membasuh kereta di rumah pasti mudah sahaja bagi mereka berbanding yang lebih gemar hantar kereta ke carwash. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara korang perlu elakkan ketika membasuh kereta kerana ia boleh mengakibatkan cat menjadi rosak.


Peralatan


Pastikan korang guna alat yang sesuai untuk digunakan ketika membasuh kereta antaranya sabun, span, kain lap dan sebagainya. Jika semua peralatan sudah lengkap, korang perlu menyediakan air yang banyak di dalam baldi. Kebiasaannya cat di kereta akan mula rosak sekiranya korang guna air yang sikit di dalam baldi kerana air yang kotor itu akan kering dan kekal pada kereta sehingga menyebabkan kerosakan pada cat kereta

Cuaca


Elakkan untuk basuh kereta ketika cuaca panas kerana bahan kimia yang digunakan boleh menyebabkan cat menjadi rosak jika tidak dibersihkan dengan betul. Oleh yang demikian, korang disarankan untuk basuh kereta ketika cuaca redup dan kawasan yang tidak terdedah kepada matahari.


Wax


Terdapat cara untuk kita mengekalkan cat dengan lebih lama iaitu wax kereta sebanyak 2 kali setahun. Sedikit sebanyak dapat jimatkan duit korang untuk menukar cat baru pada kereta. Jangan terlalu kerap untuk wax kerana ia juga boleh menjadi punca kepada kerosakan cat.

Jarang Basuh


Walaupun korang terlalu sibuk melakukan pelbagai kerja, ambil masa sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk pergi membasuh kereta. Sekiranya korang biarkan kereta tidak dibasuh dengan lama ia akan menyebabkan kotoran yang melekat pada kereta membuatkan cat berubah warna dan menjadi rosak

Basuh Dengan Teratur


Amalkan cara basuh kereta dengan betul dan lurus bermula satu bahagian ke satu bahagian. Contohnya korang basuh kereta bermula dari bahagian depan dan akhirinya pada bahagian belakang.

OHMEDIA : SEMOGA CARA INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGEKALKAN WARNA CAT PADA KERETA

+ Baca respon pembaca 5 langkah untuk memastikan cat kekal dan tahan lama ketika membasuh kereta di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media