Aiman Tino Kesal Dikompaun Pihak Polis Kerana Memancing

Posted on Wednesday, May 27, 2020 | 5/27/2020




Muhammad Aiman Yusri atau dikenali sebagai Aiman Tino menyatakan kekesalannya setelah dikenakan kompaun oleh pihak polis meskipun cuba menjelaskan perkara sebenar yang berlakuk di sebuah kolam memancing bersama bapa dan adiknya di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Jelas Aiman, beliau berserta bapa dan adiknya memasuki premis berkenaan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh pemilik kolam. Tambah Aiman lagi, pihak polis menyerbu premis berkenaan disaat kebanyakan pengunjung sedang berteduh dari hujan lebat menyebabkan social distancing tidak diamalkan.

Sumber gambar dari Berita Harian

Aiman menegaskan sepatutnya pemilik kolam bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Tambahnya lagi, ini memberi kesan buruk kepada mereka yang patuh dengan SOP yang dilaksanakan. Bapa Aiman Tino menjelaskan pemilik kolam tiada semasa kejadian berlaku dan hanya pekerja Bangladesh saja yang menguruskan premis berkenaan.

OHMEDIA: WRONG TIME, WRONG PLACE. KESIAN AIMAN TINO, TAK PASAL-PASAL KENA KOMPAUN.


+ Baca respon pembaca Aiman Tino kesal dikompaun pihak polis di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/27/2020

0 comments:

Loading...