Amalkan 5 Jenis Buah Ini Kerana Mengandungi Vitamin C Yang Tinggi

Posted on Friday, May 08, 2020 | 5/08/2020



Vitamin C sangat penting dalam tubuh badan kerana boleh menjaga sistem kekebalan tubuh. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kita demam, selsema, batuk, sakit kepala dan sebagainya. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 jenis buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi.

Buah Delima


Buah delima mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan dan mampu untuk menurunkan tekanan darah, melindungi gigi dan mencegah dari terkena penyakit kanser. Untuk pengetahuan korang, buah delima juga mengandungi serat, kalium, vitamin A dan vitamin E

Buah Betik


Amalkan makan buah betik selalu kerana setiap 150 gram buah betik mengandungi 90 mg vitamin c. Fungsinya boleh mencuci usus yang kotor. Selain itu, buah betik juga mampu mencerna protein yang tidak diperlukan dalam tubuh badan. Hal ini disebabkan buah betik mengandungi enzim pencernaan semulajadi.


Buah Durian Belanda


Vitamin dan Serat dalam buah durian belanda sangat tinggi sehingga boleh menampung keperluan vitamin C dalam tubuh badan. Selain itu. Buah durian belanda juga mempunyai fosforus dan kalsium yang boleh menjaga tulang dengan baik. Antioksidan yang terdapat dalam buah durian belanda juga boleh menjaga sistem tubuh badan serta melambatkan proses penuaan.

Buah Epal


Siapa sahaja yang tidak suka makan buah epal. Rasa manisnya pasti dapat menarik minat kita untuk menjadikan buah ini sebagai pencuci mulut. Buah epal mampu untuk mengurangkan risiko dari terkena kanser dan sakit jantung kerana ia mengandungi flavonoid dan antioksidan.


Buah Strawberi


Ini merupakan salah satu buah yang sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak walaupun kadangkala ia sedikit masam. Namun tidak semua tahu buah strawberi mempunyai vitamin C dan boleh menjadi penawar kepada penyakit diabetes type 2. Selain itu, ia juga mampu untuk mencegah kita dari terkena penyakit jantung.

OHMEDIA : AMALKAN MAKAN BUAH-BUAHAN KERANA IANYA SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN BADAN

+Baca respon pembaca amalkan 5 jenis buah ini kerana mengandungi vitamin C yang tinggi di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/08/2020

0 comments:

Loading...