Amalkan 5 Tip Ini Untuk Mengurangkan Ketagihan Merokok

Posted on Thursday, May 14, 2020 | 5/14/2020



Berhenti merokok merupakan satu perkara yang amat sukar kepada seseorang sekiranya sudah ketagih dengan produk tembakau tersebut. Walaupun sekarang ini ramai yang mula menghisap vape dengan niat mahu berhenti merokok, tidak semua tahu bahawa terdapat makanan yang boleh membantu korang untuk berhenti merokok.

Gula-Gula Getah


Boleh dikatakan hampir semua kedai runcit ada menjual gula-gula getah. Untuk pengetahuan korang, dengan hanya mengunyah gula-gula getah dapat membantu korang untuk mengurangkan keinginan merokok.

Kayu Manis


Pasti ada keluarga yang menyimpan kayu manis di rumah. Oleh yang demikian, setiap kali korang rasa ingin merokok pergi mendapatkan kayu manis dan potong menjadi kecil. Kemudian terus kunyah kerana kayu manis boleh menghilangkan selera korang untuk merokok.

Susu



Amalkan minum susu jika korang sudah mula rasa ingin merokok kerana susu akan membuatkan korang rasa tidak selera untuk merokok. Selain dari susu, korang juga boleh mengambil keju atau yogurt.

Lobak Merah


Kadangkala bila pergi ke restoran pasti kita pernah pesan jus lobak merah. Rasanya sedap dan mempunyai khasiat yang baik untuk mata dan jantung. Namun tak semua tahu bahawa dengan hanya minum jus lobak merah yang dicampur sedikit madu dapat membantu kita untuk mengurangkan rasa ingin merokok.

Air Mineral


Seperti semua tahu pengambilan air mineral pada setiap hari sangat baik untuk kesihatan. Jadi amalkan minum air dengan banyak kerana boleh mengurangkan keinginan korang untuk merokok pada waktu itu.

OHMEDIA : SEMOGA TIP INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK BERHENTI MEROKOK

+ Baca respon pembaca amalkan 5 tip ini untuk mengurangkan ketagihan merokok di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/14/2020

0 comments:

Loading...