Amir Raja Lawak Redha Diuji, Yakin Ada Hikmah Setiap Ujian


Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak menceritakan pengalamannya saat menjalankan perniagaan air jagung sejak tiga tahun lalu. Bercerita lebih lanjut, Amir berkongsi bagaimana terpaksa menghadapi dugaan semasa menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan tahu lalu.

"Saya berselubung dengan kesedihan pada Ramadan, tahun lalu. Saya diuji apabila hujan setiap hari ketika berniaga di bazar Ramadan. Sudah tentu ia menjejaskan pendapatan."

Amir menjelaskan ujian dan dugaan yang dihadapinya membuatkan dia rasa sedih kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerja, tapak sewa dan kos berniaga. Namun Amir yakin, setiap dugaan dan ujian yang diberikan punya hikmah tersendiri bagi dirinya.


Namun Amir menyedari pasang surut bukan hanya berlaku dalam kehidupan bahkan dalam perniagaan. Baginya, pengalaman susah senang banyak mematangkan dirinya. Menurut Amir, jualan air yang tidak habis akan disedekahkan pada mereka yang memerlukan.

Kini Amir telah mengambil inisiatif untuk mempratikkan khidmat jual dan penghantaran secara tunai (Cash On Delivery) terutamanya disekitar Kajang dan mendapat maklum balas yang positif. Amir bahkan kini mempunyai francais di Kemaman, Machang dan Kelantan.



OHMEDIA: SEMOGA PERNIAGAAN YANG AMIR JALANKAN LEBIH SUKSES DI MASA HADAPAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Amir Raja Lawak rela diuji di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media