Bayern Leverkusen Melonjak Ke Tangga Ketiga Bundesliga

Posted on Saturday, May 30, 2020 | 5/30/2020



Bayern Leverkusen berjaya naik ke tangga ketiga Bundesliga selepas menewaskan SC Freiburg di Berlin. Beraksi tanpa penyokong di Stadium tidak menghalang untuk kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang bertenaga.


Penyerang Freiburg, Lucas Holer hampir untuk menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-43 namun gagal disempurnakan dengan baik walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol. Berselang satu minit kemudian Leverkusen kembali mengatur serangan dan berjaya melakukan percubaan menerusi tandukan Bender selepas beliau menerima hantaran dari Nadiem Amiri.


Pemain muda yang sedang meningkat naik, Kai Havertz berjaya menjaringkan gol kemenangan Leverkusen pada minit ke-54 selepas menerima hantaran dari Leon Bailey. Untuk pengetahuan korang, Havertz telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain termuda bawah 21 tahun di Bundesliga yang berjaya merekodkan 35 jaringan. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

OHMEDIA: KAI HAVERTZ MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK MENJADI PEMAIN TERBAIK DUNIA PADA SATU HARI NANTI

Kredit: Berita Harian

+Baca respon pembaca Bayern Leverkusen melonjak ke tangga ketiga Bundesliga di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/30/2020

0 comments:

Loading...