Besut Disinari 'Nur' Ramadan

Posted on Sunday, May 17, 2020 | 5/17/2020



Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 16 Mei - Seluruh kawasan Besut akan disinari cahaya apabila diadakan program Nur Ramadan 11.0 dilaksanakan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

Penyelia i-MiTS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri berkata, program itu adalah penanda aras sebagai tanda menzahirkan keperihatinan, menyumbang kepada asnaf dipenghujung bulan yang mulia ini.

“Pada setiap tahun program ini diteruskan apabila tibanya bulan yang penuh keberkatan dan keampunan, Ramadan al-Mubarak.

"Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai untuk program Nur Ramadan akan diagihkan kepada yang memerlukan seluruh Besut secara berperingkat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada 14 Mei.

Menurutnya, program ini merupakan tahun yang kedua i-MiTS Kawasan Besut selepas beliau menyandang jawatan itu.

Turut hadir ialah Hal Ehwal Belia Kota Putera, Suhaimi Mohd dan IT i-MiTS Kota Putera Abdul Aziz Che Kop. 

Justeru kata Hakim, orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan kepada golongan memerlukan  terbuka luas untuk sama-sama meningkatkan ibadah bersedekah dan menyumbang agar Ramadan yang akan berakhir membawa makna.

"Program ziarah Nur Ramadan 11.0 kerumah asnaf bermula 13 Mei di DUN Kuala Besut dan 14 Mei di DUN Kota Putera.

“InsyaAllah kita akan teruskan di DUN Jertih dan Hulu Besut,” jelas Hakim.














Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 5/17/2020

0 comments:

Loading...