Fattah Amin & Fazura Rakam Versi Baru Lagu Raya Sebagai Hadiah Buat Peminat!

Posted on Saturday, May 16, 2020 | 5/16/2020



Pelakon Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin dan isterinya, Fazura merakamkan semula lagu raya klasik tetapi versi baharu yang bertajuk Seloka Hari Raya. Wah, Ohmedia tak sabar nak dengar tau!

Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai. Justeru apabila pihak label, Universal Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju. Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan. Sebelum itu, ada juga cadangan yang mahukan kami merakamkan lagu baharu tapi bila ada usul seperti ini, kami terima sahaja tawaran itu kerana secara tidak langsung kita meraikan lagu lama yang kita tahu mempunyai ramai peminat. Pelaksanaan PKP membuatkan penggambaran muzik video ini terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, saya dan isteri tampil dengan idea iaitu kami akan muncul dalam muzik video itu dalam bentuk animasi. Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea kami berdua. Kami juga akan tonjolkan empat watak yang masih dirahsiakan identitinya. Kalau nak tahu siapa, kenalah tonton muzik video tersebut. -kata Fattah Amin

Isteri kepada pelakon tersebut juga mengatakan bahawa lagu itu telah dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebagai hadiah buat peminat yang sudah lama menanti lagu berduet Hari Raya daripada mereka.

Lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio namun dibuat secara berasingan kerana Fattah pada masa itu sibuk kerana terbabit dalam penggambaran drama. Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia juga adalah satu hadiah buat mereka yang menantikan sebuah lagu duet Hari Raya daripada kami. -kata Fazura

Haa! Jangan lupa tonton muzik video Seloka Hari Raya versi Fattah Amin dan Fazura dekat bawah ni. Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ini terus maju jaya dalam industri hiburan. InsyaAllah, Amin.


OHMEDIA: LAGI BEBERAPA HARI JER NAK RAYA. SELAMAT HARI RAYA GAIS!

Sumber: mStar | Youtube

+ Baca respon pembaca minat Fattzura di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/16/2020

0 comments:

Loading...