Gara-Gara Dialog Sensitif Watak Fizi, Rakyat Malaysia & Indonesia Serang Animasi Upin Dan Ipin!


Korang dah tengok episod terbaru daripada animasi popular tempatan, Upin dan Ipin? Ohmedia tak sangka hal ini menjadi bualan netizen dekat media sosial. Fuh! Apa yang terjadi sebenarnya gais?

Apa yang lebih mengejutkan, episod tersebut telah membuatkan penonton rasa kurang senang gara-gara dialog yang dikeluarkan oleh watak Fizi. Kalau nak tahu kenapa, boleh tonton dekat bawah ini okay!


Patutlah rakyat Indonesia dan Malaysia marah sehingga membanjiri komen yang berbaur negatif di Instagram, @upinipinofficial disebabkan kata-katanya yang menyentuh sensitiviti ataupun menyinggung perasaan anak-anak yatim piatu. 


Kesian Ohmedia tengok Upin Ipin tau!? Untuk pengetahuan korang, Fizi kini dibenci oleh orang ramai kerana kebiadapannya memberitahu bahawa tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai seorang ibu. 

Walaubagaimanapun, pihak Les' Copaque telah membuat permohonan maaf bagi pihak Fizi. Video yang berdurasi 2 minit 17 saat di Youtube Les' Copaque Production itu telah mendapat 943k views dan 31k likes.

Gara-gara video ini, Fizi kini dibenci. Maafkanlah Fizi. 

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG LAH FIZI.

Sumber: Instagram | Youtube





Sumber: Oh! Media