Harris Sahkan Bercinta Dengan Intan, Tidak Kisah Jarak Umur 17 Tahun


Semalam riuh sekampung warganet selepas tengok pelakon dan penyanyi Harris Alif memuat naik gambar bersama pelakon Intan Ladyana yang dikatakan kini sedang hangat bercinta.


Akhirnya, Harris sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku di antara dirinya bersama pelakon senior itu yang mengakui memendam perasaan dan mula rapat dengan Intan sejak beberapa bulan yang lalu.

Berbeza umur 17 tahun nampaknya tidak menjadi halangan buat mereka berdua untuk menjalinkan hubungan.

Sejujurnya, saya dah kenal lama dengan Intan. Lebih sembilan tahun. Tapi ketika itu tak ada perasaan langsung sebab kenal sebagai kawan sahaja. Kalau berjumpa di acara, kami bertegur sahaja. Kami rapat semenjak beberapa bulan lalu. Kami sering berhubung dan bermula dari situ, hubungan kami terjalin. Intan seorang wanita yang sangat cantik, pandai dan berkeyakinan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat dengan Intan.

Pada awalnya, beza umur 17 tahun membuatkan kami saling tertanya sesama sendiri. Lama kelamaan apabila kami meneruskan hubungan, perkara terbabit tak menjadi masalah.

Umur bukan isu yang besar atau menjadi penghalang untuk kami. Tidak sama sekali. Tak menjadi penghalang langsung.
- Katanya.

Macam itulah gayanya bila sudah hangat bercinta. Semoga hubungan yang ingin dicipta menjadi kenyataan dan bahagia hingga anak cucu ya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca yang ikuti hubungan mereka di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media