Honor 9X Lite Bakal Masuk Ke Pasaran Malaysia

Posted on Saturday, May 16, 2020 | 5/16/2020



Honor Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka di pasaran tempatan iaitu Honor 9X Lite yang memfokuskan kamera belakang dengan 48 megapixel sensor utama. Apa yang menariknya, model ini mungkin didatangkan dengan tawaran aplikasi pada Google Play.

Model terbaru yang bakal dibawa masuk ini hadir dengan skrin 6.5 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 710. Bagi memori, Honor 9X Lite ini didatangkan dengan 4GB RAM dan storan sebesar 128GB gais. Model ini dilengkapi dengan bateri sebesar 3,750mAh bersama pengecasan biasa menggunakan USB port micro.

Untuk kamera belakang, ia didatangkan dengan dual kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan 8 megapixel. Terdapat 2 pilihan warna yang boleh korang dapatkan iaitu Emerald Green dan Midnight Black.

+ Baca respon pembaca Honor 9X bakal masuk Malaysia di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/16/2020

0 comments:

Loading...