Huawei Melancarkan Enjoy Z 5G, Dijana Dengan Cip MediaTek Dimensity 800 5G


Huawei telah melancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri Enjoy iaitu Huawei Enjoy Z 5G beberapa hari lepas. Model kalini didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci IPC LCD. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada Enjoy Z 5G ini adalah MediaTek MT6873V Dimensity 800 5G.

Untuk spesifikasi dalaman, model ini dilancarkan dengan tiga pilihan iaitu 6GB RAM bersama 64GB storage, 6GB RAM bersama 128GB storage ataupun 8GB RAM bersama 128GB storage. Huawei Enjoy Z 5G ini juga hadir dengan bateri sebesar 4,000mAh bersama pengecasan pantas 22.5W menggunakan USB port type-c.


Untuk kamera belakang, ia didatangkan dengan tiga lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan 16 megapixel.

Ia juga didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Breathing Crystal, Midnight Black dan Dark Blue. Model ini baru saja dilancarkan di China dan mungkin akan dilancarkan di pasaran Malaysia tak lama lagi.

Kredit : Huawei | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartpjone terbaru Huawei di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media