Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini

Posted on Wednesday, May 20, 2020 | 5/20/2020



Lagu-lagu raya sudah mula dimainkan di radio-radio dan juga televisyen, itu bermakna tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti kebiasaan, kita pasti disajikan dengan iklan raya dari syarikat-syarikat besar yang sangat kreatif dengan pelbagai kaedah pesanan untuk semua.

Jadi, Ohmedia nak kongsikan 10 iklan Hari Raya Aidilfitri yang sangat kreatif beserta pesanan yang berguna kepada korang untuk menyambut perayaan pada tahun ini dengan penuh bermakna lagi mengusik jiwa.

Watsons Raya 2020 - Jauh Di Mata Tetap Beraya


Biarpun raya tahun ni sedikit berbeza, Watsons tetap membuktikan yang kita boleh menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan walaupun berjauhan dengan insan tersayang. Comel betul Ayda Jebat dalam video ni.

Iklan Raya SAJI 2020 | Kuah Kacang Ibu


Iklan Hari Raya Saji pada tahun ini pasti menarik perhatian ramai. Hal ini disebabkan, penonton disajikan dengan sebuah kisah yang menyentuh nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

SAFI Raya 2020 - Alif Satar & Keluarga #RayaSamaSamaSafi


Mungkin raya tahun ini kurang meriah, tapi korang jangan risau sebab safi tetap akan bersama kita untuk pastikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini penuh ceria. Jom kita lihat bagaimana Alif Satar meraikan raya tahun ini bersama keluarganya.

Ceritarasa Lebaran 2020 foodpanda | Nasi Minyak Pengubat Rindu


Fuhh! Sedih betul iklan raya Foodpanda ni. Ia mengisahkan tentang seorang frontliners yang rindukan masakan ibunya kerana tak dapat balik beraya disebabkan kesibukan kerja untuk bantu negara. Walaupun tak dapat rasa masakan ibunya di kampung, tetapi ibunya sempat membuat pesanan makanan melalui foodpanda walaupun rasa dia agak berlainan.

‘Jumpa Lagi’ - Lagu Raya 2020 Perodua


Iklan Perodua kalini agak berbeza sebab mereka keluarkan lagu raya yang berjudul ‘Jumpa Lagi’. Lagu tersebut menunjukkan yang kita masih boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dengan pelbagai cara untuk hiburkan hati di hari raya pada tahun ini. Semoga kita semua berjumpa lagi di hari raya akan datang.

Jauh di mata, Dekat di hati - Hong Leong Bank Raya video 2020


Janganlah pula kita lupa kepada orang yang memerlukan sewaktu hari raya nanti. Iklan raya dari Hong Leong ni mengajak kita semua memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan ketika menghadapi waktu mencabar ini bagi meraikan hari raya dengan penuh bermakna.

Kalau korang nak tahu, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan menyumbang sebanyak RM150,000 bagi menyediakan makanan dan minuman kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat penjagaan orang tua.

Maxis Iklan Raya 2020 | Suasana Syawal Sempurna (Audio 8D)


Kita tidak boleh berkumpul seperti tahun-tahun sebelum ni untuk menyambut perayaan dan hanya boleh mendengar suara orang tersayang dari jauh jer dengan membuat panggilan suara. Tetapi Raya tetap raya! Kita masih boleh bayangkan suasana beraya di kampung bersama mereka.

#RayaStyleLain with vivo 2020


Jauh tidak menjadi penghalang untuk kita membuat persiapan raya bersama keluarga tercinta. Raya tahun ini walaupun jauh sinarnya, tetapi masih sama. Iklan raya Vivo ini mengisahkan style persiapan raya dari sebuah keluarga yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Perayaan Yang Berbeza, Namun Tetap Bersama. Salam Aidilfitri Daripada Toyota ( Iklan Raya 2020 )


Iklan raya Toyota ini menceritakan erti sebenar di mana, Aidilfitri bukanlah disambut dari pakaian dan makanan, tetapi dengan kemesraan bersama keluarga. Kita tetap dapat raya bersama walaupun perayaan tahun ini sedikit berlainan.

Setia Raya Film 2020 | Jauh Di Mata Setia Di Hati


Suasana hari raya pada tahun ini pasti gembira selepas menonton iklan raya dari Setia di mana kita tetap dapat meraikannya beramai-ramai walaupun sambutan pada tahun ini sedikit berbeza.

Antara semua 10 iklan ni, yang mana satu iklan paling korang suka ataupun yang naikkan semangat mood raya korang tahun ni? Hehe.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/20/2020

0 comments:

Loading...