Ini 5 Buah Smartphone Dengan Sokongan 5G Yang Patut Korang Miliki


Teknologi 5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dimana teknologi ini merupakan sambungan kepada generasi sebelumnya, 4G. Tekonolgi 5G nyata mempunyai keupayaan yang berbeza dengan teknologi sebelumnya. Oleh yang demikian terdapat beberapa smartphone dengan teknologi 5G dihasilkan oleh beberapa syarikat telefon gergasi.

Samsung Galaxy S20 Plus 5G

Sumber gambar dari GreaTecno
Smartphone ini merupakan smartphone flagship yang mempunyai kamera sehingga 108MP dari Samsung yang menggunapakai teknologi 5G. Harga smartphone smartphone ini hampir mencecah RM5,000.

Huawei Mate 30 5G

Sumber gambar dari DxOMark
Huawei juga turut mengeluarkan smartphone yang menggunakan teknologi 5G namun jauh lebih murah dari Samsung Galaxy S20 Plus 5G. Harga bagi Huawei Mate 30 Pro ini adalah RM4,199.

Vivo NEX 3 5G

Sumber gambar dari GeekBuying
Smartphone seterusnya adalah dari Vivo yang dipanggil sebagai Vivo NEX 3 5G. Sebelum ini Vivo adalah mengeluarkan model yang sama namun tidak menyokong teknologi 5G. Memetik sumber dari Technave, harga smartphone ini dijangka bermula dari Rm3,099.

Xiaomi Mi 10

Sumber gambar dari Gizmochina
Selepas Vivo, Xiaomi turut mengeluarkan smartphone yang menyokong teknologi 5G. Berbanding Samsung dan Huawei yang mengeluarkan satu varian sahaja, Xiaomi tampil mengeluarkan dua varian, Mi 10 dan Mi 10 Pro, dimana kedua-duanya menyokong teknologi 5G. Harga bagi Xiaomi Mi 10 5G dan Xiaomi Mi 10 Pro 5G masing-masing dijangka bermula RM3,000 keatas.

Nubia Red Magic 5G

Sumber gambar dari MyTechSpace
Dan yang terakhir adalah dari Nubia, salah satu syarikat telefon pintar dari China selain Oppo, Vivo dan juga Huawei yang dulu dimiliki sepenuhnya oleh ZTE. Smartphone ini merupakan smartphone yang dikhaskan untuk gaming dimana paparannya menyokong refresh rate sehingga 144Ghz. Setakat ini smartphone ini tersedia lagi untuk pasaran Malaysia namun boleh dibeli melalui online shopper dengan harga bermula RM2,700.

OHMEDIA: KEBANYAKAN MODEL SMARTPHONE YANG MENYOKONG TEKNOLOGI 5G SEKARANG INI TERDIRI DARI MODEL FLAGSHIP SETIAP SYARIKAT. NAMUN BERDASARKAN SUMBER, BEBERAPA SMARTPHONE PADA MID SPEC YANG AKAN KELUAR AKAN MENYOKONG TEKNOLOGI 5G INI KELAK.

Kredit: Technave

+Baca respon pembaca mengenai 5 buah smartphone yang menyokong teknologi 5G di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media