Ini Tip Menjaga Hubungan Jarak Jauh Agar Tetap Rasa Dekat

Posted on Tuesday, May 05, 2020 | 5/05/2020



Siapa jer yang suka bila pasangan korang jauh dimata, betul tak? Tambah-tambah lagi orang yang sudah mendirikan rumah tangga tapi terpaksa berjauhan disebabkan faktor kerja dan sebagainya. Ada pasangan yang bila berjauhan jer mulalah itu tak kena, ini tak kena. Mandi tak basah, tidur tak lena. Ada juga yang selalu bergaduh bila berhadapan dengan situasi sebegini dan mengakibatkan hubungan mereka musnah.

Kadang-kadang benda yang kecil pun boleh menjadi pergaduhan besar. Sebenarnya, punca-punca ini terjadi sebab mereka cuma nak dapatkan perhatian yang lebih dari korang. Satu lagi, mereka akan rasa overthinking sebab takutkan korang buat benda yang bukan-bukan dibelakang mereka. Bila overthinking tu datang, mulalah serabut dan gelisah! Buang perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam diri tu dan cuba beberapa tip ini untuk mengekalkan hubungan jarak jauh bersama orang yang tersayang.

Selalu berkomunikasi


Jika duduk berjauhan, pastikan korang sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Tapi janganlah pula asyik nak melekat 24 jam sampaikan pasangan nak pergi kencing pun tak boleh, kah! Jangan terlalu melebih dan jangan pula langsung takde. Kenalah faham yang mereka juga ada kerja lain yang perlu dibuat. Saling percaya dan mencintai antara satu sama lain okay gais!

Elakkan apa yang tidak disukai


Kalau korang tahu pasangan korang tidak sukakan sesuatu tdengan apa yang korang lakukan tu, janganlah buat! Contohnya, kalau pasangan korang tidak suka bila korang pergi melepak bersama kawan-kawan di kedai Pak Munawe sampai pagi-pagi buta, janganlah buat. Lagi satu, berkawan dengan berlainan jantina tidak salah, tetapi jagalah batas. Jangan terlampau layan sampaikan korang melebihkan mereka tu dari pasangan sendiri. Lebih baik layan pasangan korang sendiri daripada mereka sebab kita pun taktahu apa niat mereka yang sebenarnya.

Selalu bercakap jujur


Mesti ada antara korang yang suka pendam dan sorok bila timbulnya perasaan takut, cemburu, curiga dan sebagainya. Apa yang dirasa terhadap pasangan korang taknak diluahkan, lama-lama akan memakan diri sendiri. Bila ada masalah, jangan hadap sendiri tetapi kongsikan bersama pasangan korang untuk dapatkan sokongan dan nasihat dari mereka. Sekiranya ada masalah denagn pasangan pula, jangan besar-besarkan. Takut melarat pula nanti sampaikan langsung tak contact.

Doa hubungan diredhai dan kekal bahagia


Berdoa setiap kali selepas menunaikan solat agar hubungan korang bersama orang nun jauh di mata tu sentiasa diredhai dan berkekalan dunia akhirat. Jangan fikirkan bila ada benda yang tidak kena, maka tidak bahagia. Setiap orang akan didatangkan ujian dan korang haruslah bersabar dan tempuh sama-sama ya gais!

Sumber : Iluminasi

+ Baca respon pembaca tip menjaga hubungan jarah jauh di Facebook Oh! Media.










Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/05/2020

0 comments:

Loading...