Isteri Pelakon Dan Pengarah Terkenal, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar Meninggal Dunia

Posted on Friday, May 15, 2020 | 5/15/2020



Dikhabarkan isteri Datuk Ahmad Tamimi, Datin Zuhaila Siregar Sulaiman telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi akibat masalah pernafasan.

Menurut beliau, kali terakhir beliau bercakap dengan isterinya pada jam 11 malam . Beliau yang kerap bangun untuk tahajjud pada jam 2 pagi, akan memeriksa keadaan isterinya dahulu, namun tidak dilakukan beliau malam semalam.

Namun beliau mendapati bahawa isterinya sudah tiada setelah memeriksa pada jam 4 pagi. Sebelum isterinya perfi, Ahmad Tamimi sempat mengirim video kepada ahli keluarga yang lain mengenai keadaan isterinya yang tidak beberapa baik.

Sumber gambar dari YouTube
Jelas Datuk Ahmad Tamimi, beliau ingin membawa isterinya ke hospital, memandangkan isterinya mempunyai sakit paru-paru dan ditambah dengan pandemik VOCID-19, beliau membatalkan hasratnya.

Tambah beliau lagi, isterinya sudah 7 tahun menderita sekatan pulmonari kronik (COPD) namun keadaannya merosot sejak tiga tahun lalu, menyebabkan segala aktiviti dan pergerakan terbatas.


OHMEDIA: SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT KEATASNYA DAN DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca isteri Datuk Ahmad Tamimi Siregar meninggal dunia di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/15/2020

0 comments:

Loading...