Karya Badang Kembali Jadi Sebutan Selepas Prof A Razak Dilantik Lembaga Pengarah Finas


Pernah tengok filem Badang? Siapa sanggup pergi wayang semata-mata tengok filem Badang memang hebat! Kenapa tiba-tiba filem Badang dan beberapa filem arahan Dato Prof Dr Abdul Razak Mohaideen ini dikatakan semula?

Untuk pengetahuan korang, Razak Mohaideen dikatakan bakal dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Finas dan kebanyakan netizen menunjukkan rasa kurang setuju dengan keputusan itu.


Dahulunya beliau pernah menghasilkan filem yang berkualiti sehingga masih diingati oleh penonton seperti filem Anak Mami Kembali, Mami Jarum, Duyung dan banyak lagi. Tetapi, dalam beberapa tahun ini beliau telah menghampakan penonton dengan penghasilan filem yang dilihat gagal seperti filem yang Ohmedia katakan di atas.

Dengan filem itu jugalah, karya A Razak mula diragui yang dilihat seolah sudah tiada kualiti. A Razak juga dikatakan tidak mementingkan kualiti pengarahan dan hanya utamakan pulangan serta keuntungan. Itu apa yang dikatakan oleh netizen.

Bagaimanapun, masih ramai yang mengharapkan A Razak dapat kembali menghasilkan karya masterpiece dan melakukan perubahan di dalam FInas. Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan Finas bagi memacu semula ekonomi industri kreatif negara.

Akhirnya, Finas juga telah berjaya mengumumkan bantuan kewangan kepada warga industri seni dengan peruntukan sebanyak RM120,000 dan turut mengumumkan senarai anggota Ahli Perbadanan yang baharu sahaja dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.


+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan filem Malaysia di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media