Komputer Riba Gaming Dell G5 15 Bakal Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,499

Posted on Sunday, May 17, 2020 | 5/17/2020



Kalau sebelum ni, Alienware adalah jenama gaming dari syarikat Dell. Kini Dell menggunakan nama lain iaitu Dell G sebagai jenama gaming mereka. Satu daripada model laptop gaming mampu milik yang bakal dikeluarkan Dell ke pasaran Malaysia ialah Dell G5 15.

Korang yang mana mementingkan prestasi sesebuah laptop tu, Dell G5 15 ni adalah salah satu laptop yang korang boleh dapatkan dengan harga bermula RM4,499 bermula 26 Mei nanti.

Sumber gambar dari Dell Malaysia

Laptop gaming ini didatangkan dengan skrin LED 15 inci dengan resolusi Full HD bersama pilihan refresh rate 60Hz, 144Hz ataupun 300Hz. Tapi bergantung dengan graphic card yang korang pilih juga ya.

Sumber gambar dari Dell Malaysia

Korang boleh pilih sama ada mahukan CPU Intel Core i5-10300H ataupun Intel Core i7-10750H untuk dikuasakan pada laptop ini. Bukan tu jer, korang juga boleh membuat pilihan memori DDR4 sehingga 16GB RAM dan storan SSD PCIe yang boleh ditambah sehingga 1TB gais.

Bagi graphic card, korang diberi 4 pilihan iaitu NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti, Geforce GTX 1660 Ti, GeForce RTX 2060 ataupun GeFprce RTX 2070 Max-Q mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.

Sumber : lowyat

+ Baca respon pembaca laptop gaming Dell terbaru di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/17/2020

0 comments:

Loading...