Kota Mekah Akan Dibuka Semula Hujung Bulan Ini

Posted on Thursday, May 28, 2020 | 5/28/2020



Berita baik buat seluruh umat islam di mana kota suci Mekah akan kembali dibuka pada hujung bulan ini. Perkara ini diumumkan oleh Arab Saudi yang ingin rakyatnya kembali meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Oleh itu, mereka akan menjalankan 2 fasa secara untuk orang ramai datang dan pulang.


Fasa pertama untuk pembukaan Mekah akan dijalankan pada 31 Mei manakala fasa kedua pada 21 Jun. untuk fasa pertama akan dibuka pada 6 pagi sehingga 3 petang dan fasa kedua pula dibuka pada 6 pagi sehingga 8 malam. Selain itu, Masjidil Haram akan terus menjalankan solat jumaat dan solat fardu berjemaah mengikut SOP yang telah ditetapkan.


Untuk pengetahuan korang, Mekah telah ditutup sementara berikutan pendemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Bilangan kes Covid-19 di Arab Saudi telah melebihi 76 ribu dan lebih 400 kematian dilaporkan.

OHMEDIA : SEMOGA UMAT ISLAM KEMBALI MEMBANJIRI KOTA MEKAH DAN MASJIDIL HARAM SEPERTI BIASA

Credit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kota Mekah akan dibuka semula hujung bulan ini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/28/2020

0 comments:

Loading...