KTMB Perjelas Gambar Gerabak Padat Dengan Penumpang Sewaktu PKPB

Posted on Thursday, May 07, 2020 | 5/07/2020



Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan sejak Isnin lalu 4 Mei 2020 nampaknya masih dalam keadaan terkawal dan rakyat Malaysia nampaknya tahu apa yang harus mereka lakukan untuk membantu kerajaan dan KKM dalam mengawal penyebaran wabak ini.

Bagaimanapun ada sedikit kekecohan berlaku dan setiap pihak perlu mengambil serius dalam menyediakan SOP di dalam normal baharu ini.

Sebelum ini, tersebar gambar yang menunjukkan kesesakan yang berlaku di dalam tren KTM Komuter yang bergerak dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, Perak sehingga menyebabkan kepadatan penumpang di dalam tren. Perkara ini seharusnya dielakkan kerana semua penumpang perlu berada dalam jarak sosial.

Bagi menjelaskan isu ini, pihak KTMB berkata yang tren berkenaan seharusnya menggunakan enam gerabak, tetapi terpaksa menggunakan tiga gerabak sahaja kerana ada masalah teknikal.

Kita memang ada buat tanda penjarakan sosial. Tetapi pada saat-saat akhir berlaku masalah teknikal jadi kita terpaksa tukar dengan komuter yang ada tiga gerabak sahaja. Dari segi kapasiti memang lagi kecil, orang ramai bergegas ke tempat kerja jadi mereka tetap naik sedangkan pelekat untuk penjarakan sosial sudah ada dalam dan luar tren, tetapi mungkin kerana penumpang ramai berpusu-pusu, jadi itu yang menjadi masalah. - Kata Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi.

Perlu diingatkan bahawa PKPB ini menjadi tanggungjawab kita bersama. Rakyat perlu menjadi mata-mata pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana tempat, kedai, atau syarikat tidak menyediakan atau mengikut SOP yang ditetapkan KKM bagi membendung wabak ini. #KitaJagaKita

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/07/2020

0 comments:

Loading...