Lagi Kes Pelanggan Block & Tipu Runner Lepas Hantar Barang

Posted on Saturday, May 16, 2020 | 5/16/2020



Pada masa ini memang tidak dapat dinafikan yang semua orang sudah mula menggunakan perkhidmatan online termasuk untuk mendapatkan keperluan barangan dapur kerana tidak mahu terdedah dengan keadaan di luar dan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tugas runner atau personal shopper juga semakin mendapat permintaan mereka yang tinggal di kawasan bandar. Tetapi cabaran mereka bertambah sukar apabila niat untuk membantu memudahkan urusan orang menjadi sebaliknya apabila ditipun oleh pelanggan mereka sendiri.

Situasi ini dikongsikan oleh seorang runner yang dikenali sebagai Hairul Nizam di Facebook yang menceritakan pengalamannya yang ditipu oleh seorang pelanggan wanita dengan menyekat nombornya di aplikasi Whatsapp ketika Nizam ingin menuntut bayaran.

Bagaimanapun Nizam mengatakan yang dia hanya ingin berkongsi dan menjadikan situasi ini sebagai pengajaran dan menghalalkan semua yang berlaku. Berikut merupakan perkongsian Nizam.

Ada cerita nak dikongsikan sikit, apapun salah saya sendiri sebab terlampau mempercayai seseorang dan mengambil kesempatan di bulan mulia ini. Saya taknak aibkan siapa-siapa. Cuma ambil pengajaran dan iktibar apa yang terjadi.

First sekali, saya pernah update dekat group ini mengenai saya ada buat runner untuk sesiapa yang memerlukan. Sebab PKP kan, so niat cuma nak membantu dan memudahkan urusan orang lain. Terima kasih, alhamdulillah rezeki itu luas. Ramai yang guna khidmat saya dalam group ni, sepanjang dekat sebulan lepas saya post dekat sini. Ada lah 30-40 orang yang dah saya bantu dan ada yang repeat guna khidmat saya. Saya hargai dan terima kasih sangat.

Cuma apa yang terjadi hari ni, saya terkilan dan sedih la sikit. Soal duit tu tak kisah, boleh dicari. Tapi jangan lah sampai menipu, siapa yang pernah berurusan dengan saya tu tahu la saya macam mana. Memang boleh ambil kesempatan juga tapi manusia kan.\

Tak sangka lah dibulan mulia ni, ada yang tak jujur. Apa apa pun silap saya sendiri. Cuma nak pesan pada runner or seller yang lain lepas ni, kalau boleh deal la betul-betul. Jangan lah jadi macam saya, saya pun ambil pengajaran apa yang jadi.

Cuma nak pesan pada runner or seller yang lain lepas ini, kalau boleh deal la betul-betul. Jangan jadi macam saya. Saya pun ambil pengajaran apa yang terjadi.
- Katanya

Berikut merupakan perkongsian perbualan antara Nizam dengan pelanggan yang dimaksudkan.







Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. Tolonglah jangan sekali-kali jadi manusia yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Sumber: Facebook Hairul Nizam

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kejadian ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/16/2020

0 comments:

Loading...