“Muhyiddin Dilantik Dengan Telus Dan Adil “- Agong

Posted on Monday, May 18, 2020 | 5/18/2020



Sebelum ini panas tentang isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Walaubagaimanapun dalam titah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Pengga Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, Baginda telah menjelaskan perkara berkenaan.

Baginda bertitah bahawa Baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan terutamanya dalam melantik perdana menteri baru dalam menerajui kembali negara setelah berdepan dengan kemelut politik beberapa ketika.

Sebelum ini kita dapat menyaksikan Al-Sultan Abdullah telah mengadakan sesi pertemuan dengan semua Ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan mereka serta menitah parti politik untuk mencalonkan nama bakal perdana menteri dan memberi masa mereka untuk memilih secara demokrasi, menyaksikan Tan Sri Muhyiddin memperoleh majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.


OHMEDIA: JELAS YANG AL-SULTAN ABDULLAH SUDAH MENJALANKAN FUNGSINYA SEBAGAI RAJA BERPELEMBAGAAN DAN KEPUTUSAN BAGINDA PERLULAH DIHORMATI OLEH RAKYAT MALAYSIA.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Muhyiddin dilantik dengan telus dan adil di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/18/2020

0 comments:

Loading...