Pesawat MASwings Terpaksa Berpatah Balik, Anggota Bomba Dikejarkan Ke Lapangan


Seramai 7 orang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa bergegas ke Lapangan Terbang Miri selepas menerima laporan bahawa terdapat asap keluar dari kabin pesawat ATR 72-500 milik syarikat MASwings.

Hal ini menyebabkan pesawat yang membawa 29 penumpang untuk penerbangan ke labuan jam 4.05 petang terpaksa berpatah balik. Walaubagaimanapun, kesemua penumpang dan anak kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri dan tiada kebakaran serta perkara buruk terjadi.


Pujian harus diberikan kepada kapten kapal selepas membuat keputusan yang baik untuk kembali semula ke Lapangan. Oleh yang demikian, Siasatan kini telah dijalankan oleh pihak Bomba dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB)

OHMEDIA: SYUKUR TIADA PERKARA BURUK YANG TERJADI KEPADA SEMUA PENUMPANG

Kredit: Berita Harian

+Baca respon pembaca pesawat MASwings terpaksa berpatah balik, anggota Bomba dikejarkan ke lapangan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media